Tuesday 11 October 2016

Ghaban lalu dia ni. Mensaboh kabo koi nok meghampaih laki dia. Sampei heboh di opis. Kabo koi giler ke laki dia. Dia tak tau dialah yang ngambik pakwe koi te kemaghin. Laki dia pun tak amboh ceghite ke dia. Bertahun koi mawok dighi sampei ke negeghi oghang sebak tak nok ngaca dialah. Koi gheiler muang dighi bio dia tak tau laki dia ter kekasih koi dulu.

Bukan koi saje2 nok balik. Koi kene tuko ke sini. Kene ngughuihkan keje syarikat. Tak de niat lalu nok ngaca ghumohtangge dia. Koi pun dah takde ati nok bercintan cintun ni. Ghamei oghang koi nok ughuihkan. Keje koi berlambok. Takde masa nok gebaler ke mende gitu me.

Kebetulan pulok laki dia incharge keje kat sini. Syarikat sama pulok ngan koi. Nok gonerkan. Takkan mudoh mudoh koi nok mintok balik sebak dak dia. Koi profesional je buat keje koi. Ket kala mesorat terpaksa duduk semeja dengan laki dia. Dah keje setempat goner nok laghi. Beghadap sokmolah haghi2.

Laki dia pulok yang nyadi macang duduk ataih baghe. Ngelisor je. Kejak2 nelepon koi. Ander je mende nok ajok bincang kononnya. Koi pahang ngat. Sebak koi banyok off je henset koi. Ket maghoh pulok dak oghang lain bila nelepon koi tak dapat. Koi pun naik pening. Ander jugek ghase nok tuko kegheje je. Tempat lain. Ket koi bukan kegheje tukang potostet. Bukan jugek tukang lap ceghemin. Syarikat beghi amanoh ke koi. Hadak jugek gayenye. Pening koi terkena gini. Ingatkan koi tersimpang dengan mesakloh gini. Kene jugek ghupenye.

Suria Amani

No comments:

Post a Comment