Friday 22 November 2013

Diseksa Rindu

Sayang,
Betapa saat ini aku bagai dilambung badai. Amat melemaskan. Ombak rindu ini menggulung segenap lipatan hatiku. Perit..pedih. Terseksa amat diriku kini. Nafasku seolah lenyap dalam gelombang rindu yang menggila. Aku terlalu merinduimu sayang. Rindu yang menggigit setiap alur nadiku.

Sayang,
Aku melihat dirimu memenuhi garisan saujana pandanganku. Kau begitu jauh untuk ku gapai. Namun kau t
idak pernah sekali keluar dari lubuk hati ini. Kau menjadi penghuni abadi dan tak mungkin ku mampu melontar kau ke mana-mana...kerna itu bererti aku membunuh jiwaku sendiri.

Sayang,
Aku parah kini. Mengharap sebuah mimpi menjadi nyata. Mengharap satu saat nanti kau bebas ku miliki. Namun aku sedar, itu pasti akan menambah kepedihan ini. Mana mungkin kau bisa ku dampingi. Kau dipagari kasih seorang suri yang setia. Aku amat memaklumi akan betapa mustahil aku mengganggu taman laranganmu itu.

Sayang,
Apa yang ku hibakan...kau satu ketika menyatakan bahawa kau tidak bisa menyintai surimu. Kau katakan dia tidak lebih dari satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Aku terkedu bila ayat itu kau lontarkan. Terasa kepedihannya jika aku di tempat surimu itu. Andailah dia tahu. Tetapi aku terlebih pedih hingga ke saat ini...kerna aku sendiri tidak bisa mengikis rasa kasih terhadap dirimu. Sakit benar jiwaku ini sayang.

Sayang,
Aku mengajar hati ini agar menerima ketentuan Ilahi. Kau dan aku tak mungkin bersatu. Dan aku cuba memujuk diriku sendiri dengan mengatakan bahawa cinta bukan bermakna memiliki sekujur tubuhmu tetapi memadai dengan merasa kehadiran cintamu di hati ini. Biarpun amat menyakitkan, namun aku harus menerima takdir bahawa aku tidak mungkin dapat bersamamu walau sedetik cuma.

Tinta Jiwa,
Suria Amani
November 2013

Friday 8 November 2013

NDOK JUGEK


Koi ndok... koi ndok...
Koi kabo koi ndok
Koi ndok jugek.

Aok kabolah bangmende pun
Mengkaghaklah aok
Koi dah putuih cakak
Dah abih sughoh.

Aok tak payoh bedolok dalih
Besilat lidoh itu ini
Koi maklung ngat dah
Mengkala betingkoh haje
Ngulor je aok beghayat
Tak dek mendelah
Tak embohlah te.

Koi tak noleh dah
Peghahu dah de air
Pengayoh dah koi kilik
Aok toksoh beghikei
Wala galang aok sepemeluk 
Belat aok sepenampang
Sekilaih angin pun 
Tak nolok koi ke belakang.

Mengkala koi dah ndok
Koi ndok jugek.


Tinta Jiwa
Suria Amani
November 2013