Sunday 19 January 2014

Haghapan Nyadi Baghe


Mamat besiyui-siyui sambei paghang de tangan Mamat libaih kighi kanan. Habih ghumpuit kapeiteghebang putuih. Pahat getoh de tangan kighi Mamat genggang kemaih2. Takuit telepaih kena ke kaki kaghang. Waber. Mamat seghik dah kena sekali kemaghin. Mocor daghoh keluor. Teghejoh dak pahat celoh jaghi kaki. Pakei selipor Jepun haje. Apa nok kabo mancuit daghoh ke tanoh. Mamat ingat ngat lagi. 

Matehaghi dah tinggi. Dah sila mata mandang ikut celoh2 daun getoh. Mamat dah habih nogheh. Air dalang bocong ander sikit lagi. Mamat togok sampei habih. Peghuit Mamat beceghuit. Cacing mintok nasi. Mamat teghingat ke cakak aki kala dengor peghuit bunyi gitu. Mamat senyak je kala aki cakak mende te. Tak peghenoh Mamat tanya ya ke tidok. Gamok Mamat, ya. Sebak kengkadang bunyi te kuat sangat. Mesti anderlah cacing dalang peghuit te.

Haghi ini penyudohlah Mamat nogheh. Esok cuti. Nok ngutik. Boleh juwei. Dah empat haghi Mamat nogheh. Mamat kompoi dulu getoh dalang tong. Dua minggu sekali baghu Mamat juwei. Kasor sikit dapatnya. 

Mamat dah kighe kala juwei esok entu dapat jugek dalang empat ke lima ghatuih. Bagi dua ngan Pak Awang Choh. Tuan kebun getoh te. Dua ghatuih soghang dah dalang tangan. Campur ngan duit Mamat simpan hak juwei ngan dulu2, cukuk dah dua ghibu. Mamat simpan dalang beg kotok lama arwoh ayoh. Bungkuih ngan kain tudung arwoh mok. Mamat letok molek2 bawoh katei. Mamat kighe sokmo bilang kali namboh lepaih juwei getoh. Kengkadang seghatuih. Ander masa te lima puluh haje. Kala musing ujan tak namboh lalu berminggu-minggu. Abih ke makan haje. 

Dah dekat dua tahuin Mamat nyimpan. Mamat becagor duit te nok ngantor ke oghang tua Jidoh. Janji minggu depan ni. Haghi ini Kamih. Senin sok nok ginye. Tige haghi lagi. Mamat senyung sengsoghang. Senang ati Mamat duit dah cukuk. Mamat nampok senyung Jidoh. Janji bertunang dua tahuin dah nok sampei. Lagi dua bulan cukuklah. Mok ayoh Jidoh mintok antor sepaghuh dulu dua bulan sebelung haghi besor. 

Petang ni Mamat nok gi ghumoh Mak De Piyoh. Nok ngabo ke hae ngantor duit Senin sok. Mak De Piyoh memang nyadi tempat Mamat ngadu hae. Aki tak daye dah nok berjalan. Sakit lutut. Banyok baghing ataih lecer je. Mamatlah ngughuih makan minung aki. Mamat tak kesoh gebaler ke aki. Sebak akilah nemankan Mamat de ghumoh. Teman becakak. Teman makan. Wan dah lama tak dek sebelung mok ngan ayoh Mamat. Mamat tak dek adik beghadik lain. Mak De Piyoh te sedaghe jauh ngan Mamat ket emboh ngat gebaler ke Mamat ngan aki kala mende2 hae. Tak bekighe lalu. 

Mamat bejalan sambei melayang- layang ke paghang ngale ke semok kighi kanan loghong nok nyampei ke jalan besor. Mamat dengor bunyi bughung ataih pokok getoh. Bunyi keghe pun ander. Mamat nampok keghe te tengoh bejangkit de julei getoh. Dua tige ekor nampok dak Mamat. Geghepok dak Mamat sekali. Meghebaih keghe te melompat. Tak tinggae bang sekor.

Mamat tinggae besiko tepi jalan nok masuk ke kebun getoh te. Lama dah Mamat letok de situ. Mujurnye tak peghenoh ilang. Sampei je Mamat teghuih capei besiko te. Mamat nok cepat. Loghat aki dah lapor gini haghi. Nasi tak masok lagi. Mamat kayuh laju besiko te. Dalang ati Mamat, Jidoh Jidoh jugek. Aki tak boleh nok sedei2 kan. Aki nomboi satu pada Mamat. Lambat bende lain tak apa. Aki, Mamat kena dulukan. 

Sampae sepaghuh jalan, Mamat nampok langit gelak je. Beloh ke ghumoh aki. Tebae je gelak te. Musat naik ke langit. Nok ujan ke? Dalang ati Mamat. Ket matehaghi tengoh tepacok deghataih kepale. Asak mende? Pelek jugek Mamat. Lama ke laju Mamat kayuh. Ati Mamat mula ghase tak sedak. Debor pun ander. Ko lama ko kuat debor ati Mamat. Tetiba Mamat teghingat ke aki. Ko laju Mamat kayuh. Ghase abih ligait dah Mamat kayuh. 

Sampae haje dekat ghumoh, Mamat nampok api tengoh nyulang. Ander tiga empat oghang bekejor mawok air. Lembek lutuit Mamat. Ghumoh aki dah hanguih lebih sepaghuh. Mamat teghuih neghekang nok masuk. Aki. Mamat nok encaghi aki. Mamat tau aki tak boleh banguin. Melughu Mamat nok masuk ke ghumoh. Taghik dak oghang ke belakang. Mak De Piyoh kabo, oghang tak dan nok nyelamatkan aki. Seme oghang ngan ander dah cuba masuk. Tak lepaih. Api cepat ngat megheibok. Ghumoh kayu lama. Apa tidoknye. Tak dan nok nyelamatkan bangmende. Aki pulok baghing de dapor. Ghumoh dapor lagi dulu hanguihnye. 

Mamat teduduk. Peluk dak Mak De Piyoh. Mamat meghaung neghiok aki. Mamat ngelupur nok masuk jugek ke dalang ghumoh te. Dua tige oghang lagi nolong megang Mamat. Tak dek mende boleh di buat dak oghang lain. Sekejak je ghumoh te tinggae ghangke. Mamat tak beghenti lagi meghaung. Jenoh pujuk dak oghang. Nyudohnye Mamat tak sador. Mamat pengsan ataih ghibe Mak De Piyoh. Mak De Piyoh pun menangih pelahan sambei ngelak air mate Mamat.#


Tinta Jiwa
Suria Amani
Temerloh Pahang
Januari 2014