Sayang...
Berdosakah aku kerana roh cinta ini bangkit dari persemadiannya yang panjang. Walaupun telah sekian lama terkubur namun kenapa di ketika ini kau kembali. Amat menyakitkan perasaan ini.
Sungguh indah bila kemunculanmu di saat aku nazak di peraduan rindu ini. Namun, demi Tuhan, saat ini jua amat memeritkan kerana kita tidak lagi bebas melampiaskan rindu yang menggunung ini. Aku bagai berada dalam genggaman sakaratulmaut. Sungguh rindu ini menyedut seluruh nafasku. Peritnya menjalar dalam setiap denyut nadiku....
Sayang...
Aku gagal menjinakkan ombak rindu yang membadai di jiwa ini. Terlalu keras ia menghempas pantai hatiku. Sakitnya amat mencengkam. Sungguh aku tidak mampu lagi menghadapinya sayang. Aku terlalu merinduimu...