Monday, 26 November 2012

Bahasa Standardlah pulak...

Teringin pulak nak tulis dalam BM standard. Bukan apa. Ada pembaca kata banyak perkataan yang tidak difahami dalam karya saya. Dia suruh saya buat nota kaki terangkan maksud perkataan yang dia tak faham atau terjemahkan semua cerita saya tu ke bahasa BM standard...macam mana tu ya? Bukan tak nak layan permintaan dia tu...tapi saya rasa kalau saya terjemahkan, macam dah lari dari konsep blog saya ni...Koleksi Puisi Dan Cerpen Versi Temerloh. Kalau buat juga tak reallah karya versi Temerloh saya ni...emmm tapi nantilah saya fikir2kan.

Tentang nota kaki tu saya anjurkan beliau join group Kamus Leydoit Temerloh di FB...boleh buat rujukan kat situ. Rasanya dah ada 60 ke 70 peratus perkataan loghat Temerloh....banyak lagi yang belum terbit tu. Syabas buat admin yang berusaha mewujudkan group berinformasi tu...syabas juga buat sahabat2 yang tak jemu menghantar perkataan loghat Temerloh setiap hari...

...bangge ngait beghodong ngan oghang hak ghajin2 ngepoih kataan Temerloh ni...ket banyok ngait lagi hak belung timboi te...ce koghek2 lagi...